Tips Penjagaan Kereta & Mengapa


Cara Menjaga Kereta Anda & Mengapa Ia Perlu Dijaga

Apabila anda memiliki kereta, anda akan menghabiskan banyak masa memandunya.

Sebab itulah anda perlu menjaganya dengan baik agar ia boleh terus berfungsi tanpa

sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, kereta anda juga merupakan sebuah aset yang boleh anda tukarkan

kepada wang tunai di masa hadapan atau semasa keadaan memerlukan. Jadi, untuk

mengekalkan nilai jualan semula yang baik untuk kereta anda pada masa hadapan,

penjagaan kereta yang baik memainkan peranan yang penting.

Berikut adalah beberapa tip penjagaan kereta yang boleh anda ikuti dan mengapa ia

penting untuk kereta anda.

Tips Penjagaan Kereta

1. Ikut Jadual Penyelenggaraan

Cara paling mudah untuk menjaga kereta anda adalah dengan mematuhi jadual

penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh pihak pengedar kereta. Ia berfungsi sebagai

pemeriksaan kesihatan berkala untuk kereta anda dan memandangkan ia dilakukan oleh

pemeriksa yang terlatih.

Hal ini juga dapat membantu anda mengesan sebarang kerosakan dari awal dan dapat

mengelak dari proses pembaikan yang tinggi kosnya, selain dari memanjangkan hayat

kereta anda dengan memastikan ia berjalan dengan lancar.

Pastikan anda menyimpan rekod penyelenggaraan dan resit kerana ia akan membantu

anda menjejaki komponen yang telah diubah dan komponen yang perlu diubah. Ini juga akan membantu membuktikan bahawa kereta anda telah dijaga dengan baik apabila anda

mahu menjual kereta anda.

2. Periksa Paras Minyak & Cecair

Kereta anda bergantung kepada beberapa jenis minyak dan cecair seperti minyak enjin,

cecair penyejuk, dan minyak brek untuk berfungsi dengan baik. Minyak dan cecair ini perlu

diperiksa secara berkala untuk mengawasi sebarang kebocoran yang akan menyebabkan

kerosakan pada enjin anda.

Jika terdapat kebocoran, mengenal pasti warna cecair yang bocor apabila anda

melaporkannya kepada pusat servis atau mekanik anda dapat membantu menentukan dari

mana ia datang. Ini juga akan membantu mempercepatkan proses pembaikan.

3. Basuh Kereta Selalu

Ini mungkin kedengaran seperti remeh tetapi menjaga kebersihan kereta

anda adalah sangat penting. Bahagian luar kereta sentiasa terdedah kepada

panas matahari, hujan lebat, angin berdebu, dan juga najis burung.

Elemen-elemen ini akan mengakibatkan kerosakan kepada badan dan cat

kereta anda dan ia akan mengurangkan nilai jualan kereta anda secara

drastik jika tidak ditangani. Mencuci kereta anda secara berjadual dapat

membantu mengurangkan hakisan pada badan kereta dan juga mengekalkan

warna cat kereta anda.

Untuk perlindungan yang lebih baik, hantar kereta anda untuk servis

perincian di mana lapisan lilin akan disapu dan kereta akan dikilatkan secara

profesional. Sekiranya ia kerap dilakukan, ia akan menjadi satu pelaburan

yang berbaloi semasa anda menjual kereta anda di masa hadapan.

4. Jaga Tayar

Memandangkan tayar adalah komponen utama yang menghubungkan kereta anda dengan

jalan raya, penting bagi anda untuk memeriksanya dengan kerap. Tekanan tayar kereta

anda harus diperiksa secara berkala agar ia sentiasa berada di tahap yang disyorkan oleh

pengedar kereta anda.

 juga boleh menjaga tayar kereta anda dengan menyilang tayar kereta anda agar

jangka hayatnya lebih panjang. Ini penting kerana tayar kereta akan haus pada tahap yang

berbeza bergantung kepada jenis kereta, kelajuan, serta jalan yang digunakan. Memandu

dengan tayar yang sudah haus dan kurang tekanan angin adalah sangat berbahaya dan

anda berisiko untuk terlibat dalam kemalangan.

5. Pastikan Lampu Kereta Berfungsi

Setelah beberapa tahun kereta dipandu, anda mungkin perasan bahawa lampu kereta anda

sudah mulai malap, kusam, atau mungkin sudah tidak berfungsi dengan betul. Lampu

yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk memastikan keselamatan anda di jalan

raya kerana ia membolehkan anda dilihat oleh pemandu lain.

Jika anda perasan terdapat mentol lampu yang telah rosak atau terbakar, maklumkan

segera kepada pusat servis atau mekanik anda untuk membaikinya. Tetapi pastikan anda

menggunakan mentol yang betul supaya lampu anda tidak menyebabkan silau yang ketara

bagi pemandu lain. Bagi lampu yang kusam dan kuning pula, ia boleh digilap agar kelihatan seperti baharu.

Sebab untuk Menjaga Kereta Anda

1. Nilai Jual Semula Terjaga

Semakin banyak anda menggunakan kereta anda, semakin banyak nilainya akan susut.

Penjagaan kereta yang dilakukan secara berkala dapat membantu mengekalkan nilai

jualan semula kereta anda jika anda ingin menjualnya pada masa hadapan.

Mengikuti jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh pihak pengedar akan

memastikan kereta anda terjaga dan sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik. Ia juga

memberikan anda pengalaman memandu yang lancar.

Apabila tiba masanya untuk menjual kereta, dengan membuktikan bahawa kereta anda

telah dijaga dan diselenggara dengan baik dapat memberi anda peluang untuk

menetapkan harga jualan yang lebih baik.

2. Kos Pembaikan Akan Jadi Lebih Rendah

Kerosakan yang tidak dijangka pasti akan menelan belanja yang banyak untuk dibaiki.

Tetapi dengan pemeriksaan rutin, ia boleh dielakkan. Penyelenggaraan kereta secara

berkala membolehkan anda mengesan dan membetulkan sebarang isu-isu kecil sebelum

ia bertukar menjadi masalah besar yang mungkin akan memerlukan ribuan ringgit untuk

dibaiki.

Selain itu, ia juga memastikan kereta anda setiasa berfungsi dalam keadaan yang

optimum dan kosnya juga jauh lebih rendah dari membaiki kerosakan besar dengan kereta anda.

Jangan lupa untuk menyimpan buku rekod dan resit penyelenggaraan dengan baik kerana

ia merupakan bukti yang dapat membantu anda untuk mendapatkan harga jualan yang lebih baik untuk kereta anda.

3. Kereta Lebih Selamat untuk Dipandu

Sebab utama anda perlu menjaga kereta anda adalah untuk memastikan ia selamat untuk

dipandu. Penyelenggaraan yang kerap akan memastikan semua komponen kereta anda

berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan yang elok pada setiap masa.

Anda dan keluarga anda menghabiskan banyak masa di dalam kereta, jadi kereta yang

diselenggara dengan baik adalah penting untuk membolehkan anda memandu dengan

tenang, sama ada untuk perjalanan yang singkat atau jauh. Inilah sebab mengapa anda

perlu mempraktikkan tip penjagaan kereta yang betul.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PUNCA KERETA TAK BOLEH START